Tinta Kehidupan

Setiap insan makhluk ciptaan ilahi mengimpikan kehidupan yang sempurna, namun hari ini dalam dunia moden sekarang masih ada lagi masyarakat yang tersisih jauh dari lubok kota mencari sesuap nasi untuk meneruskan kehidupan tatkala penghuni kota kumpulan bawahan turut serta bergelut dalam pengkongsian tinta kehidupan.

Adakah anda bersedia menempuh diari kehidupan hari - hari mendatang yang kian menghimpit penghuni alam tatkala kita masih dibuai kesempitan hidup.Kehidupan masyarakat kota malahan di desa semuanya merasa atas kenaikan mendadak barang keperluan sedangkan pendapatan perkapita setiap isi rumah hanya dibawah RM1,000.00 sebulan tidak mampu menampung kehidupan.

Bayangkan pendapatan bulanan yang diterima setiap bulan tidak menjaminkan kehidupan sempurna, barang-barang keperluan harian naik mendadak keparas jauh dari harga siling semasa membebankan kehidupan masyarakat kumpulan bawahan hari ini. Dalam kontek kehidupan sekarang setiap insan belum tentu boleh menabung untuk masa hadapan sedangkan pendapatan yang diterima setiap bulan habis dibelanjakan ekoran kenaikan harga barang yang terlalu melampau.

Pendapatan dibawah paras kemiskinan iaitu RM1,000.00 bolehlah dianggapkan sebagai golongan kumpulan sasar yang didominasikan sebagai golongan miskin tegar hari ini.

Comments

Popular Posts