Aktiviti Riadah



Bersukan adalah salah satu aktiviti riadah, bukan sahaja untuk kebaikan kesihatan, malah membantu merangsang minda yang cergas.Bertempat di Aktif Futsal Bangi pada  16 April 2011 Sabtu Jam 9.00 Pagi satu aktiviti bermain futsal telah diadakan antara Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan dengan Bahagian Perolehan, Kementerian Dalam Negeri.

Aktiviti ini dijalankan adalah untuk memupuk budaya bersukan dikalangan penjawat awam, disamping melahirkan hubungan silaturrahim antara dua Kementerian.

Bahagian Perolehan,KDN telah diwakili oleh dua Pasukan iaitu Team A dan Team B.Kedua-dua pasukan Bahagian Perolehan, KDN menang  dengan berkesudahan 6-2 bagi Team A manakala Team B menang tipis dengan jaringan 6-5.   

Comments

Popular Posts