serba tidak menjadi
kampen piala malaysia 2014 telah membuka tirainya skuad helang merah kedah membuka langkah sumbang apabila tewas ditangan perak 2-1 pada aksi pertama peringkat kumpulan b.bagaikan seba tidak menjadi skuad helang merah tampil dengan aksi longgar tidak konsisten dalam aksi sulong kampen piala malaysia kali ini.kedah yang tampil dengan barisan pemain muda longgar dalam 90 minit perlawanan.barisan serangan tumpul untuk memperoleh jaringan ditambah pula barisan benteng pertahanan rapuh mudah untuk pasukan tuan rumah perak menambah kedukaan pasukan dari utara tanah air iaitu skuad hijau kuning.
kedah perlu membaiki mutu permainan sekiranya berhasrat untuk melangkah lebih jauh pada aksi piala malaysia kali ini.barisan pemain perlu dirombak oleh jurulatih tan cheng ho.tempo permainan agak slow kurang mendapat tonik dari jentera tengah pasukan yang dikemudi oleh badrool bahtiar dan zuraidi jumai ditambah kurangnya larian pantas oleh dua flangker kedah iaitu syazwan zainon dan syamin alif adalah elemen kekurangan pasukan kedah dalam kempen piala malaysia kali ini.
adakah kedah hanya pasukan penumpang pada aksi kempen kali ini?. masih sama pada tahun tahun sebelum ini hanya sebagai pelengkap kouta kumpulan.dimana tranformasi yang dibawa oleh kfa yang berbelanja jutaan ringgit tetapi permainan masih ditakok lama.penyokong kedah marahkan pengurusan kfa adalah disebabkan cinta dan sayang sukan nombor satu negeri kedah iaitu bola sepak negeri kedah darul aman.
Comments
Post a Comment