~ALOQ GANDAK TAJAR~ ''KAMPUNG CHEQ"


KAMPUNG KU ALOR GANDAK TAJAR.
DISINI AKU DI LAHIRKAN DAN DIBESARKAN DI TERATAK MAK DAN AYAH.
NAMA KAMPUNG HUJUNG KEPALA MENGKUANG DAHULUNYA KINI DIKENALI DENGAN NAMA ALOR GANDAK.

BERMAIN SELUT ATAU LUMPUR, BERGELUMANG DALAM PETAK ATAU SAWAH BENDANG WAKTU KECILKU, MENINGGALKAN SATU IMPAK DALAM MEMORIKU YANG TAK DAPAT KU LUPAKAN WALAU SESAAT HINGGA KE HARI INI.

MAKAN NASI LAUK IKAN TAMBAN GORENG,BERSERTA ULAM DEKAT TEPI SAWAH APABILA PENAT MEMBUANG RUMPUT ATAS BATAS, TEPI SAWAH WAKTU ITU SEMUANYA SEDAP BAGI KU.

ORANG SUSAH MACAM AKU MANALAH TAU NAK MAKAN MAKANAN YANG SEDAP-SEDAP MACAM ORANG LAIN. KALAU ADA CABAI PATAH DENGAN BELACAN LETAK TELUR REBUS MAKAN NASIK PANAS-PANAS DAH CUKUP UNTUK KAMI SEKELUARGA MAKAN BERSAMA. BERAS USANG YANG TIADA GRED CUKUP UNTUK MENYARA KEHIDUPAN KAMI SEKELUARGA. AYAH AKU CUMA SEORANG BURUH KONTRAK SAHAJA MANAKALA MAK AKU PULAK CUMA SEORANG PETANI YANG MENGAMBIL UPAH MENANAM PADI DEKAT PETAK ATAU BENDANG SAWAH ORANG. ALHAMDULILAH WALAUPUN KAMI SUSAH TAPI KAMI BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG ALLAH KURNIAKAN KEATAS KAMI SEKELUARGA.

MAK DAN AYAH AKU SEORANG INSAN YANG TABAH DAN KUAT SEMANGAT BEKERJA UNTUK MENCARI SESUAP NASI UNTUK MEMBESARKAN KAMI SEKELUARGA, MENYARA PERSEKOLAHAN KAMI ADIK BERADIK SAMPAI KE SEKOLAH MENENGGAH, TERIMA KASIH MAK DAN AYAH KERANA MEMBESAR DAN MENDIDIK KAMI SEHINGGA KAMI TELAH DEWASA KINI.JASA DAN PENGORBANAN MAK DAN AYAH TAK TERBALAS OLEH KAMI ADIK BERADIK.

SYUKUR BERKAT HASIL TITIK PELUH MAK DAN AYAH MEMBANTING TULANG MEMBESARKAN KAMI BERTIGA CUKUP BERMAKNA KERANA KAMI MENJADI INSAN YANG BERGUNA PADA HARI INI.HARI INI KAMI SEMUA TELAH DEWASA HASIL USAHA KAMU BERDUA YANG TIDAK PERNAH TAHU ERTI PENAT LELAH MEMBESARKAN KAMI BERTIGA.

INSYAALLAH.

MARILAH KITA SAMA -SAMA DOAKAN KESEJAHTERAAN MAK DAN AYAH KITA....

 



Comments

Popular Posts